|
Sunday, October 15, 2006
Kasih Luhur - Part 6 (Last)
Telefon di letak perlahan. Sampai hati Awien tak kasi tau pun kat aku dia bertolak balik ke kampung malam ni untuk menghabiskan cuti mid-term selama seminggu. Patut ler aku call handset dia tak dapat...dalam bas rupanya...mujur ler ada Eileen...kalau nak harapkan Aza dan Neesya jangan harap nak cakap ngan aku...rasanya kalau dengar suara aku mau dibalingnya telefon...perghh...ganas betul bunyinya...
Hatinya melonjak-lonjak ingin mengetahui isi yang terkandung dalam diari comel itu... Berdosa kalau baca diari orang tanpa izin tuannya...tapi kalau aku baca mesti aku boleh tau apa yang terkandung dalam hati Awien... Beberapa kali dia menjeling diari itu hingga tumpuannya untuk membaca suratkhabar hilang. Tanpa sedar tanganya mula membelek helaian demi helaian... serba salah hati ini dibuatnya...dalam diam rasanya aku mula menyayangi Haqil...ahhh perasaan apakah ini...kalau tau kat minah tiga orang tu mau setahun depa gelak kat aku Haqil senyum sendiri..Rupanya dari mula lagi dia sayang kat aku...konon minah brutal..mana boleh tangkap cintan ngan balak..bersungguh-sungguh dia menafikan sayangnya pada aku dulu. Haqil sengih. Tanganya makin ligat membelek helaian demi helaian. masa habis kelas tadi terserempak ngan Haqil...rindu aku padanya bukan secubit...namun bila mengenangkan apa yang dia lakukan sejak akhir-akhir nie...sakit hati hanya Allah yang tau...kenapa mesti kambing liar tu..mintak-mintak ler Haqil bukan spesis macam Aifee..Rindunya nak cakap ngan Haqil.. Sebak hati Haqil membaca bait-bait perkataan yang ditulis oleh Awien. Perasaan bersalah menguasai diri. Jahilnya aku hingga tidak dapat membezakan antara kaca dan permata di depan mata. Moodnya untuk terus membaca diari Awien hilang. Diari itu ditutup perlahan. Insya Allah lepas cuti nanti aku pulangkan kembali pada Awien. Ada chance ler nak jumpa dia dan akan aku pujuk dia supaya kami dapat kembali seperti dulu. Aku nekad kali ni...apa nak jadi..jadi ler... Kali ni jangan harap aku akan lepaskan dia kembali. Sehelai kertas melayang keluar sewaktu Haqil membuka laci meja untuk menyimpan kembali diari Awien...
Lelaki... kau ler penawar kau ler racun.. kau hulurkan salam kasih sayang kusambut dengan seribu harapan namun kau jua yang hancurkan...
Lelaki... Berdendamkah aku padamu Bencikah aku padamu Sehingga diri ini Amat penat untuk terus Menagih pengertian dari mu Maafkan aku Haqil... Kau sendiri kuburkan cintaku padamu Di saat cinta membara untuk mu Mungkinkah Tiada jodoh antara kita.....
Terkaku sejenak Haqil. Hatinya terasa sebak. Keegoan lelakinya cuba menahan kesedihan yang teramat sangat. Dia dapat rasakan matanya mulai berair. Kenapa ler tergamak aku lakukan Awien begini. Dia bertekad untuk merawat kembali hati dan menawan semula gadisnya. Tidak akan dibiarkan Awien kecewa sekali lagi kerana kini dia pasti sepenuh hati yang Awien dan dia sememangnya dijodohkan bersama. Semoga Allah dekatkan jodoh mereka.
Muka masam ummi di pandangnya. Dia senyum gelihati. Tidakkah ummi sedar yang anak bujangnya telah dewasa. Salah aku jugak, duduk kat umah tak sampai lima hari dah bersiap nak balik kolej. Memang ler esok kelas belum mula lagi tapi banyak kerja yang perlu disiapkan. Petang tadi Mali call mintak aku pulang temankan dia kat kolej. Awal betul mamat tuh balik cuti kali ni. Sungguh-sungguh dia mintak aku temankan. Macam ler tak biasa lepak sorang-sorang kat bilik. Aku pun dah janji ngan Mali nak temankan dia. Hendak ambil hati punya pasal dia menawarkan diri menolong ummi menyediakan makan tengahari. Tak salah rasanya sekali-sekala anak teruna ummi ni lepak kat dapur. Aduh .. jari yang berdarah dibawa ke sinki. Macam mana boleh terkena pisau ni. Bukannya dia tak pernah tolong ummi di dapur dan memang itu yang dilakukan setiap kali pulang bercuti ke rumah. Nape Qil.. ummi menghampirinya. Jari yang luka dicapainya dan dilap. Kesian pula rasanya pada anak kesayangannya. Hendak memujuk punya pasal sanggup dia tolong aku dulu di dapur dan batalkan rancangan awal untuk balik ke kolej pagi tadi. Ingatkan sapa sampai terhiris jari sendiri aik apa ummi ni. Jari terluka kena pisau ada pulak dikaitkan dengan persoalan aku rindu kat sapa. Macam tau-tau jer anak ummi ni dah tak sabar nak berjumpa dengan buah hati tercinta. Pertanyaan ummi tidak dijawabnya. Esok-esok bila semuanya sudah pasti, tiap-tiap hari ummi nak tanya dia tak kisah pun. Cukup ler sebuah senyuman sebagai ganti jawapannya. Ummi kan dah paham sangat perangai Qil kan ummi!
Boring betul aku. Menyesal pulak rasanya awal-awal lagi balik kolej. Kalau lepak umah malam-malam begini best layan anak-anak buah menonton movie. Tak pun bawak dia orang ronda-ronda tengok neon-neon yang bergemerlapan di tepi-tepi jalan. Paling tidak dia turut bermain tembak-tembak dengan mereka sehingga pernah sekali di tegur oleh Kak Marina nya. Bukannya apa, bilik yang berselerak tak der sapa yang nak kemas. Nak harap aku kemas balik, hehe mimpi ler. Kerja lelaki ker kemas mengemas ni? Emm tu rasanya kerja kaum Awien..Awien lagi... Bila difikir balik jadik budak sekali-sekala best jugak. Dapat pulak anak-anak buah yang satu kepala, bilik tunggang terbalik pun tak apa. Mali... apa pulak masalah budak nie. Rasanya sejak aku sampai petang tadi boleh bilang dengan jari berapa patah perkataan saja yang keluar dari mulut dia. Kalau macam ni baik tak yah susah-susah call aku supaya balik temankan dia kat kolej. Nape ekk ? Jom, kuar makan biar betul mamat nie. Rasanya tak sampai setengah jam dia orang baru habiskan makanan yang dibekalkan ummi nya. Bukanya sikit nasi yang ummi bekalkan. Macam untuk empat orang makan. Dia boleh ajak aku kuar makan lagi. Ada ruang lagi ker nak simpan. Aku lapar lagi ler Mali seolah dapat membaca apa yang tersirat dalam hati Haqil. Kunci kereta Haqil dicapainya dan dia berlalu keluar. Biasanya kalau macam tu dia relawan nak drive. Perlahan-lahan Haqil bangun mencapai t-shirt dari dalam almari. Macam ada yang tak kena jer. Dia dah paham sangat hati budi budak tu. Tak logik orang yang spesis riuh rendah boleh jadi diam tanpa sebab. Kito amik Leen ngan Aza dulu kat depan blok dia oghang berkerut kening Haqil mendengar ayat yang keluar dari mulut Mali. Minah dua orang tu pun dah balik jugak ker. Macam berpakat jer dia orang ni. Ada projek apa pulak ni. Haqil berasa tidak sedap hati. Ada apa yang tak kena nie. Perasaan gelisah mula menguasai diri tapi bila mengenangkan Mali yang sudah berada di kereta perasaan itu dibuang jauh-jauh. Semoga semuanya selamat saja.
Mali pandang Eileen. Eileen pula pandang Aza. Bukannya nak cakap asyik main pandang-pandang jer. Rasa macam berdepan ngan patung jer. Apa pulak masalah budak-budak nie. Tolong ler, jangan buat aku macam ni. Sakit hati tau tak. Kalau setakat Mali nak main mata ngan budak-budak ni baik tak yah ajak aku sekali. Kalau ada Awien ok gak. Boleh aku main mata dengan dia. Wei..ko orang ni dah bisu ker...dah tak pandai nak cakap ker tak der orang nak cakap, tak pe biar aku yang mulakan. Boring..tau tak boring...Dengan lain perkataan bosan. Kau saja ler yang cakap Mali pinta Aza. Bila tengok muka Haqil hilang kekuatan untuk menyatakan apa yang dirancang dalam kepala sebelum keluar tadi. Bakpo pulok aku...tok gheti aku...Leen...oyat ler ada ker plak suruh aku. Lagi ler aku tak sanggup. Tiap hari aku ngan Haqil, aku tau ler macam mana dia sayang kat Awien. Cakap apa nie...kalau nak cakap, cakap jer...kalau susah sangat baik tak yah bengang jugak aku macam ni. Macam tak biasa ngan aku. Hendak malu pun biar bertempat. Errr...Qil...Awien dia...errr...ada kat hospital lani bila saja mendengarnya bagai nak tercabut jantung. Badannya terus tegak dan matanya menikam mata Aza inginkan kepastian. Wien sakit Qil.. Maafkan kami Qil.. Sebenarnya dah lama kami nak kasi tau kat kau tapi Awien minta kami berjanji agar perkara ini disimpan dan jangan sesekali sampai ke pengetahun kau aku dah agak..mesti ada benda yang berlaku. Cara Eileen cakap macam berat jer sakit Awien... Haqil hanya terdiam. Berita yang disampaikan terlalu perit untuk di dengar sampai dia hilang kata. Haqil tunduk dan tangannya meraup mukanya. Kesedihan mula menapak. Qil...sakit Awien serius...next week dia akan fly ke U.K untuk operation jelas Aza lagi. Dia sendiri tidak tau macam mana lagi cara terbaik untuk sampaikan pada Haqil. Kenapa kau orang tak kasi tau aku ahhh... kau sendiri Mali...sampai hati kau sorokkan daripada pengetahuan aku...member apa macam ni Mali.. Aku pun baghu tau Qil..tu pun sebab aku terserempak ngan Leen kat hospital Tawakal masa aku gi melawat mak sedara aku Ahad lepas. Mali sendiri pun mulanya tak percaya bila melihat keadaan Awien yang terlantar di atas katil. Dia juga yang memaksa budak-budak ni supaya pulang bersama dia ke Skudai dan jelaskan perkara ini pada Haqil. Haqil patut tau keadaan Awien kerana dia ada hak untuk tau... Maaf Qil...Awien yang minta kami simpan rahsia ni. Mulanya hanya Neesya sorang jer yang tau pasal penyakit Awien..kami pun Sya yang kasi tau.. bukannya kami tak nak kasi tau tapi Awien yang minta begini Qil. Dia tak mau kau menyayangi dia atas dasar simpati. Kalau kau nak tau kerana penyakitnya ler Awien minta kau lepas kan dia kerana dia tak mau kau kecewa andainya suatu masa nanti Allah menarik kembali kurniaan yang dipinjamkan. Air mata mula bergenang di mata gadis-gadis ini kerana setiap kali membicarakan pasal Awien sesungguhnya mengundang kesedihan dan perasaan simpati yang teramat sangat. Kalau kau nak tau Qil sampai saat ini Awien minta kami rahsiakan dari pengetahuan kau. Dia tidak mahu kau melihat dia dalam keadaannya sekarang. Anemia yang disangka pada mulanya rupanya leukimia. Jauh betul tanggapan doktor. Wien sakit apa ? akhir Haqil cuba juga bersuara. Leukimia Masya Allah. Beratnya dugaan mu ya Allah. Terkejut Haqil mendengarnya. Hatinya sudah tak sabar ingin melihat keadaan Awien. Terasa ingin sentiasa disamping gadis itu untuk sama-sama merasai penderitaan Awien. Biar Awien tau yang kasihnya untuk gadis itu tidak pernah berubah walau sedikit. Sabar Qil..kerana itu aku mintak kau balik awal ke kolej. Esok kita turun K.L...kita lawat Awien... Mali cuba memujuk Haqil yang nampak cukup sugul. Sapa tak bimbang bila orang tersayang sedang menanggung kesakitan. Tabah ler Qil kerana ketabahan kau adalah penawar untuk Awien.
Rasa bagai saat itu juga air mata ingin gugur. Namun bila mengenangkan yang dia seorang lelaki dia kuatkan hati. Wajah Awien direnung lembut. Tangan Awien erat dalam genggaman. Neesya, Eileen dan Aza di belakang hanya mampu memandang saja kelakuan Haqil. Kesian mereka mengenangkan Awien dan Haqil. Ya Allah selamatkan Awien. Neesya sudah tidak mampu mengawal lagi air mata yang ditahan. Air jernih itu mula mengalir laju di pipi. Aza memaut kepala gadis itu. Dia paham kenapa Neesya berkelakuan begitu. Hati mana yang sanggup melihat penderitaan sahabat tercinta lebih-lebih lagi Neesya yang sentiasa bersama Awien dan sama-sama melihat Awien cuba melawan kesakitannya. Eileen sendiri mula mengikut kelakuan Neesya. Diam-diam mereka berlalu keluar memberi kesempatan kepada Haqil bersama-sama dengan Awien. Mama Awien erat memeluk Neesya yang mula menangis. Sabar ler nak, makcik sebagai ibu lagi tidak sanggup melihat anak yang dalam kesakitan. Kalau boleh ditukar ganti dia rela dia yang berada di tempat Awien. Ibu mana sanggup menerima kenyataan anak gadis yang membesar depan mata, yang menjadi penawar suka dan duka rupanya sedang berjuang antara hidup dan maut.
Tangan Haqil lembut mengusap pipi Awien. Cekung betul wajah Awien membuktikan betapa kuatnya kesakitan yang ditanggung. Perasaan kasih meluap-luap. Awien membuka mata bila terasa ada usapan lembut pada pipinya. Sebuah senyuman manis diukirkan buat Haqil. Semalam dia bermimpi Haqil datang kepadanya dan menyarung kembali cincin yang pernah ditanggalkan dulu. Lagi pun dia tau rakan-rakannya tentu akan kabarkan tentang keadaannya pada Haqil. Terubat jua rindu yang terpendam. Jauh di dasar hati dia sesungguhnya amat menyintai dan menyayangi lelaki itu. Wien maafkan Qil Awien pejam mata. Sejak dulu lelaki ini tidak jemu menagih maaf daripadanya. Dia sebenarnya telah lama memaafkan Haqil. Awien memaut erat jari-jari Haqil yang meramas jari-jarinya. Dia hanya mampu tersenyum. Haqil pasti Awien telah memaafkan dia. Rambut Awien dibelai lembut. Kalau boleh dia tidak mahu berpisah walau sesaat dengan Awien. Walau apa sekali pun berlaku dia mahu dia sentiasa di sisi Awien.
Sudah tiga hari dia menemankan Awien. Esok kelas akan bermula seperti biasa. Mama Awien juga telah minta dia pulang ke kolej kerana tidak mahu dia ketinggalan pelajaran. Macam mana mahu diberi sepenuh perhatian pada pelajaran kalau hati dan fikirannya bersama Awien. Dalam keadaan darurat macam nie, belajar pun dia tak boleh lakukan kerana dalam kepalanya hanya ada bayangan Awien. Dia tidak boleh tinggalkan Awien. Dia sendiri telah menyampaikan hasratnya pada ummi dan abah yang datang melawat Awien semalam. Mujur mereka faham kehendaknya. Andainya saat ini aku tinggalkan Awien dan sesuatu berlaku pada Awien sampai bila-bila aku tidak akan maafkan diri sendiri.
Keadaan Awien nampaknya bertambah baik hari ini. Dia sudah berselera untuk menjamah makanan dan berbual-bual. Muka dia pun nampak lebih berseri dan tenang hari ini seolah tiada secebis pun kuman barah yang menghuni tubuh yang kian susut itu. Haqil cuma tersenyum memandang Awien yang rancak berbual dengan mamanya. Manis betul senyuman yang terukir di bibir Awien. Ahhh aku pasti akan merindui senyuman itu suatu hari nanti. Qil... alangkah bagusnya kalau Awien sihat seperti orang lain. Mungkin saat ini dia dan Awien sibuk menyiapkan assignment yang berlambak atau study sesama untuk exam. Qil.... Awien sudah menghampiri Haqil. Jauh betul lamuanan mamat ini. Entah apa yang difikirkan. Awien mencubit lembut tangan Haqil. Terkejut mamat tuh. Aik sejak bila Awien berada di sebelahnya. Macam mana Wien boleh ada kat sini? Emm, mama mana ? Awien hanya tersenyum. Memang terbukti lelaki ini tidak sedar apa yang berlaku. Mata Awien menyapu bersih wajah Haqil. Mukanya cekung dan misai nipis mula kelihatan. Nampak sangat dirinya tidak terurus tapi nampak lebih macho. Tanpa sedar tangan Awien menyentuh pipi Haqil. Haqil terkejut dengan telatah Awien. Entah mimipi apa hari ini. Tidak pernah dia berkelakuan begini sejak dia bersama Awien. Gadis itu mengeluh perlahan. Nape Wien tiada sebarang jawapan. Haqil resah dengan telatah Awien. Bimbang andai Awien berada dalam kegusaran. Awien hanya senyum. Hanya itu yang dia mampu lakukan. Qil nampak kurus lani. Muka pun nampak macam tak terurus. Sebab Wien ker.. Haqil segera menarik Awien dekat padanya. Tangan gadis itu diraihnya. Jarinya pantas mendarat di bibir Awien. Dia menggelengkan kepala. Kalau Qil macam nie...macam mana Wien nak tinggalkan Qil..tak sampai hati Wien.. Cakap apa nie Wien terpana Haqil mendengar kata-kata Awien. Mimpi yang sering menghantui tidurnya dua tiga malam kebelakangan ini terbayang di mata. Masya Allah mintak dijauhkan. Dia belum bersedia untuk menerimanya. Dia memujuk Awien dan cuba meyakinkan bahawa semuanya akan selamat. Pelbagai semangat di bisikkan ke telinga Awien. Sebenarnya dia sendiri cuba menenangkan hatinya. Sejak semalam dia cuba menghapuskan mimpi ngeri yang sering terbayang. Mendengarkan kata-kata Awien membuatkan dia lebih takut. Dari balik pintu mama Awien hanya mampu mendengar butir-butir bicara sepasang anak muda itu. Sayu hatinya mendengar suara Haqil lembut menusuk kalbu menenangkan anak gadisnya. Dia menyapu air mata yang mudah benar mengalir akhir-akhir ini. Kasihan teramat sangat dia mengenangkan musibah yang menimpa Awien. Mengenangkan kata-kata doktor yang merawat bahawa harapan Awien untuk diselamtkan terlalu nipis hanya menambah sebak di dada. Ekoran itu doktor menyuruh dia sekeluarga bersiap-sedia menerima sebarang kemungkinan dan perkara ini telah dia sendiri kabarkan pada Haqil semalam. Tenang betul anak muda itu mendengar kata-katanya membuatkan dia dalam diam mengagumi kecekalan hati Haqil. Apa yang dia sedar yang Haqil sesungguhnya amat menyayangi Awien. Usapan lembut suaminya dibahu menyedarkannya dari terus dibawa arus perasaan. Bisikan lembut memujuknya bersabar menyedarkan dia sesungguhnya segala yang berlaku di muka bumi ini adalah qada dan qadar Allah Taala.
Keadaan Awien semakin kronik. Dia tidak mampu lagi bernafas sehingga terpaksa dipakaikan alatan bantuan pernafasan. Suhu badan yang naik secara mendadak memburukkan lagi kesihatan Awien. Sejak semalam dia tidak sedarkan diri. Sepatutnya hari ini Awien akan diterbangkan ke U.K untuk mendapatkan rawatan di sana namun bila mengenangkan kesihatan Awien yang semakin teruk tanpa menunjukkan perubahan positif menyebabkan para doktor dan kaum keluarga terpaksa membatalkan niat untuk mencuba perubatan di negara orang puih itu. Mama dan abah Awien dapat merasakan saat untuk Awien dijemput pulang makin hampir pada waktunya. Kesedihan yang teramat sangat hingga tiada lagi air mata yang mengalir keluar. Semua adik-beradik Awien kini berada di sisinya dan di dalam bilik itu beralun-alun terdengar datuk dan abah Awien mengalunkan ayat-ayat suci Quran.
Semalam Haqil dilanda mimpi ngeri lagi. Awien datang padanya dalam berpakaian putih. Tenang betul wajah Awien saat itu. Cahaya memancar-mancar dari wajahnya bersama senyuman yang cukup menawan. Setelah memulangkan kembali cincin yang tersarung erat di jari Awien sikit demi sedikit menghilang dari pandangan. Dia cuba mengejar namun lambaian Awien mematikan langkahnya. Paginya selepas menunaikan solat Subuh dia menelefon abah di rumah menceritakan mimpinya. Orang tua tentu lebih arif kerana mereka terlebih dahulu makan garam. Penjelasan abah memang seperti yang dijangka kerana dia sendiri amat dapat merasainya sehingga tidak mampu lagi menghentikan keresahan dan ketakutan itu.
Diam-diam dia berlalu ke surau di sebelah bilik Awien. Lebih afdal rasanya dia memohon kesejahteraan untuk Awien. Lebih bagus dia di sini berdoa untuk Awien. Setelah menunaikan solat sunat panjang dia berdoa memohon kepada Allah agar diampunkan segala dosa Awien dan dipanjangkan usia Awien dan jika sudah sampai masanya dan kematian adalah yang terbaik untuk Awien ambillah nyawanya. Hatinya merasa cukup tenang selepas berdepan dengan Allah dan kini hatinya redha sekiranya malaikat datang mencabut nyawa Awien menunaikan perintah Allah. Selesai bersolat dia mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. Suaranya serak melawan kesedihan hati. Sesungguhnya apa yang Allah takdirkan ada hikmahnya. Qil, mama Awien panggil. Rasanya Awien dah sampai masanya dia menarik nafas dalam-dalam mendengar bait-bait bicara Pak Long Awien yang datang memanggilnya di surau. Perlahan-lahan dia menutup Quran dan meletakkan kembali Quran di tempat asalnya.
Nafas Awien bunyinya tersekat-sekat di rongga. Abahnya sedang membisikkan kalimah syahadah di telinganya dan Awien cuba mengikutnya. Mama dan adik-beradiknya mengelilingi Awien. Masa untuk Awien suntuk benar. Habis saja melafazkan Asyhadu Allah IlahaiAllah, Wa Asyahdu anna Muhammad Rasulullah Awien menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam pelukan mamanya. Haqil mengucap syukur ke hadrat Allah kerana Awien sempat membisikkan kalimah syahadah sebelum menutup matanya. Kembali kini seorang lagi hamba Allah ke alam barzakh. Semoga Awien ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Tiada lagi air mata yang mengalir di hati Haqil kerana dia kini redha dengan ketentuan ilahi usia Awien sampai takat ini saja. Dia menghampiri Neesya, Aza dan Eileen yang sudah berlalu keluar dari bilik Awien ditempatkan. Tiada juga airmata kerana mereka juga kini redha dengan ketentuan Allah. Air mata mereka hanya menyeksakan saja roh jenazah Awien yang mula dibawa keluar untuk disemadikan.
Selesai tok imam membacakan talkin semua orang berlalu pergi. Pemergian Awien memberi seribu keinsafan pada Haqil setiap yang bernyawa akan dicabut nyawanya bila sudah sampai ajal mereka. Dia menghampiri kubur yang masih merah lagi tanahnya itu bersama Mali dan rakan-rakannya. Niatnya yang terakhir ingin menghadiahkan bacaan Yassin sebelum bertolak pulang ke kampus esok. Dia berjanji dalam hati jika Allah mengizinkan dia akan selalu melawat pusara ini dan mendoakan kesejahteraan Awien. Sudah sampai masanya dia kembali menunaikan tanggungjawab yang terbengkalai dan merealisasikan impian dia dan Awien yang belum tercapai. Masih kukuh di ingatan Haqil janjinya semalam pada Awien untuk mencapai impian yang pernah mereka ukir sama-sama. Amanah Awien supaya dia belajar bersungguh-sungguh perlu dipenuhi dan sebagai tanda membalas jasa ummi dan abah. Dia perlu buktikan dia cukup kuat untuk bangkit semula tanpa Awien di sisi. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Awien.
Selamat Hari Ulang Tahun Haqil. Hari ini usianya cukup 20 tahun dan ini juga bermakna sudah hampir dua bulan Awien telah berangkat ke alam barzakh. Masa yang dinantikan sudah sampai. Pesan Awien agar dia membuka surat terakhir daripada Awien pada hari lahirnya yang kedua puluh mampu dia tunaikan. Sampul surat dikoyak cermat pada hujungnya. Bau harum perfume kegemaran Awien menusuk hidung bila isi di dalamnya ditarik keluar. Perasaan gundah mula menjalar dalam diri. Terketar-ketar dia membaca surat Awien.
Assalamualaikum Qil... Wien harap Qil sihat dan tenang sentiasa. Stay cool sweetheart. Semoga Qil tabah dan kuat untuk menghadapi hari-hari esik. Wien tau sapa Qil. You can do it. Jangan lupa jawab I try my best. Macam mana nak mulakan. Andai dapat Wien undurkan putaran masa alangkah indahnya. Namun Awien sedar Allah lebih sayangkan Wien. Maafkan Wien kerana tidak pernah berterus-terang dengan Qil. Ikhlas dan lahir dari sanubari Awien sesungguhnya amat mencintai Qil sepenuh hati dan terima kasih kerana menyayangi Wien. Bahagia betul Wien rasanya. Sebenarnya sudah lama Wien tau tentang penyakit ini sebelum kita bersama lagi. Mulanya Awien memng tidak mahu menerima Qil kerana tidak mahu Qil meyayangi Wien atas dasar simpati. Bila mengenangkan Qil sungguh-sungguh Wien tak mampu menghalangnya kerana Wien pun mengalami perasaan yang sama. Pada Neesya Wien minta dia rahsiakan tentang penyakit Wien. Jangan salahkan dia Qil kerana itu adalah permintaan Wien sendiri. Wien tak sanggup melihat Qil kecewa dan sedih suatu hari nanti. Masalah yang melanda kita sengaja Wien jadikan alasan untuk merenggangkan kita. Wien tau Qil tak bersalah. Maafkan Wien Qil kerana Wien rasa dengan cara itu saja Wien mampu buat Qil lupakan Wien. Wien silap rupanya. Cinta Qil memang kuat untuk Wien. Apa daya Wien Qil. Khabar daripada doktor bahawa penyakit Awien makin kronik bukan lagi di luar dugaan. Memang telah ditakdirkan tiada jodoh antara kita. Satu saja Wien nak Qil tau, Wien ikhlas sayangkan Qil sampai saat surat ini ditulis. Terima kasih kerana meyayangi Wien. Sungguh Wien bahagia walau hanya seketika. Percayalah dengan Wien bila tiba masanya Qil akan jumpa dengan gadis yang dapat menyayangi Qil dan membahgiakan Qil lebih daripada Wien. Bila tiba saatnya berjanjilah dengan Wien untuk menerimanya. Satu lagi permintaan Wien, jangan putuskan hubungan persahabatan yang terjalin antara Qil dengan Neesya, Aza dan Eileen. Hargailah mereka seperti Qil menghargai Wien kerana tanpa mereka mungkin kita tidak berpeluang bersama. Jagalah mereka bagi pihak Wien kerana mereka adalah nyawa dan adik-adik Wien. Bolehkan Qil.... Selamat tinggal Qil. Jangan tangisi pemergian Wien. Semoga masih ada secebis ruang untuk Qil kenangkan Wien seketika. Doakan kesejahteraan untuk Wien. Ketahuilah yang Wien sayangkan Qil seperti mana yang Qil sayangkan Wien.... Wassalam.........
Salam Sayang, Nurul Azwienna Hafizudin.
Haqil meyapu sisa-sisa airmata yang tinggal. Hati lelakinya terusik. Terima kasih Awien kerana pernah mengajar aku erti menyayangi dan disayangi walau seketika cuma. Agongnya sebuah cinta yang lahir dari hati yang luhur dan ikhlas. Insya Allah aku tidak akan berhenti mengirimkan doa buatmu di sana. Sedarlah dia kini betapa mahalnya harga sebuah kejujuran dan pengorbanan dalam memupuk kesetiaan. Dia bertekad untuk menghargai segala yang menjadi miliknya kini. Semoga hari esok secerah dan seceria hari-hari yang lalu tanpa Awien di sisi.
 |  |  | Name September 18, 2007 10:45 AM PDT
sdihnye.. |  |
cik_ct @ Sunday, October 15, 2006 11:37 pm
_____________
|